top of page

​PENGAMBILAN PELAJAR SIJIL SKM TAHAP 1,2,3

Pengenalan 

Kursus Pembuat Pakaian Wanita merupakan salah satu jurusan di dalam Sekolah Textile & Apperal.  Modul kursus berasaskan ‘National Occupational Skill Standard’ (NOSS) disediakan oleh Majlis Latihan Vokasional Kebangsaan (MLVK).  Kaedah pengajaran adalah berpandukan pembelajaran teori dan amali.  Penilaian berdasarkan sistem keterampilan.  Keterampilan pelajar dinilai secara berterusan sepanjang tempoh latihan dalam bidang berkenaan mengikut tahap yang telah ditetapkan. 

 

 

 

 Objektif 

Memberi latihan kemahiran yang berkualiti dan berterusan bagi memenuhi kehendak

dan peluang pekerjaan mahir kepada belia di dalam bidang Pembuat Pakaian Wanita;

 

Melahirkan usahawan muda di kalangan belia dan mampu menguasai  teknologi,

 

berfikiran progresif dan dinamik serta berani mengambil risiko dalam menuju

wawasan 2020;   

 

Menanam semangat berdikari, bertanggungjawab, berdisiplin, kreatif dan sedar

pentingnya kualiti dengan aspirasi negara. 

 

Ringkasan Kursus 

Penekanan diberikan kepada topik-topik keselamatan, kebersihan diri dan cara

 

 penggunaan peralatan jahitan dan bahan-bahan pakaian.

 

Penyediaan pelbagai jenis jahitan pakaian wanita, jahitan vest, jaket, blouse,

baju kebaya dan baju kurung. 

 

 

 

Modul Kursus

Berpandukan Sistem Pentauliahan oleh MLVK. 

 

.1     Tadbir keterampilan diri

.2     Praktik ciri-ciri keselamatan

.3     Kendali peralatan jahitan

.4     Kendali bahan-bahan pakaian

.5     Ukur ,kenal fesyen dan anggar bahan

.6     Buat pola

.7     Gunting,potong pakaian

.8     Buat pakaian

.9     Hias pakaian

.10   Reka/cipta fesyen

.11   Tadbir perniagaan  

 

Latihan Kursus 

Pelajar akan mendapat latihan selama 16 bulan di Institut ini dan mereka dihantar mengikut latihan logi selama 2 bulan.  Pelajar-pelajar akan ditempatkan di kedai-kedai jahit di seluruh negara terutamanya di sekitar Lembah Klang, Kuala Lumpur.

 

Persijilan dan Tempoh Kursus 

Pelajar-pelajar yang terampil (berjaya) akan dianugerahkan dengan Sijil Kemahiran IKBN dan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) mengikut tahap iaitu:

 

Bil

Tahap

Peringkat

Tempoh

Peringkat Asas

6 Bulan

1.

Tahap 1

Peringkat Pertengahan

6 Bulan

2.

Tahap 2

 

CALL US TO RESERVE YOUR SPOT

03 7859 0908

Akademi Era Gemilang

​Head Office 

19-3, Jalan Nova U5/N, Seksyen U5 40150 Shah Alam
Tel : 03 7859 0908 
        03 7859 0878

 

Bukit Mertajam

1744, simpang tiga berapit, 14000 bukit mertajam, penang
Tel : 04-5370908
        04-5382630

You can also request more information with this form:

Your details were sent successfully!

bottom of page