AKADEMI
ERA GEMILANG
(L02427)
BERMINAT JADI GURU?
Anda berminat menjadi GURU / PENDIDIK? Mesti ramai yang kecewa kerana KPLSPM yang popular dahulunya maktab perguruan, bermula untuk pengambilan 2013 permohonan tidak lagi diiklankan dan dimohon.
Permohonan KPLSPM atau Kursus Perguruan lepasan Sijil Pelajaran Malaysia sebaliknya dibuka kepada semua lepasan SPM dengan memberi peluang kepada semua pelajar SPM menjawab soalan M-Test.
Menurut sumber, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi mengambarkan pengambilan KPLSPM adalah dengan semua pelajar lepasan SPM akan mengambil ujian M-Test diakhir peperiksaan nanti. Apabila keputusan peperiksaan SPM keluar, kursus ini akan ditawarkan kepada 30 peratus pelajar yang memperoleh keputusan terbaik. Pelajar juga diberi peluang untuk menerima atau menolak tawaran yang diberikan nanti. Tawaran juga mengambilkira keputusan M-Test yang mana ia menggambarkan kesesuaian personaliti dan minat dalam bidang perguruan.
Bagi lepasan IJAZAH juga, mungkin ramai yang kecewa kerana sistem pengambilan KPLI bermula sesi 2013 juga telah diubah.Baru-baru ini menurut sumber, Timbalan Menteri Pelajaran, Dr Mohd Puad Zakarshi ada menyebut tentang KPLI ini yang mana ada disiarkan di akhbar dan media masa. Menurutnya pengambilan KPLI ini akan ditawarkan pengambilannya kepada 30% lepasan ijazah yang cemerlang. Bagi Kursus Perguruan Lepasan Ijazah pula, ia akan ditawarkan kepada 30 peratus graduan yang memperoleh keputusan terbaik.
ALTERNATIF LAIN UNTUK MENJADI GURU
Bagi yang masih berminat menjadi guru, jika tidak berjaya mendapat kursus pendidikan di universiti tempatan, ataupun anda langsung tidak mendapat tawaran pengajian, mungkin anda patut pertimbangkan memasuki bidang lain yang boleh membawa anda kepada bidang pendidikan dengan mengikuti program kemahiran dan seterusnya menjadi pengajar Vokasional ( VTO ).
SIJIL PENGAJAR VOKASIONAL (VTO)
Program latihan ini adalah bertujuan untuk menghasilkan pengajar yang berketerampilan sebagaimana keperluan Akta 652 (NASDA) Standard 6 dan mempunyai kriteria sebagai PP/PPD iaitu :
“ Memiliki sekurang-kurangnya SKM di dalam bidang pengajar vokasional atau sijil perguruan vokasional atau sijil latihan mengajar vokasional yang diiktiraf oleh JPK/MLVK “
RANGKA PEMBELAJARAN LATIHAN :
Menggunapakai NOSS Vocational Training Officer (I-031-3) sebagai garis panduan asas.
Tempoh pelaksanaan kursus adalah selama 9 bulan merangkumi Methodology Vokasional selama 3 bulan di pusat latihan kami AKADEMI ERA GEMILANG atau CIAST dan Latihan Internship selama 6 bulan di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta.
Graduan akan dianugerahkan SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA PEGAWAI LATIHAN VOKASIONAL TAHAP 3 daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).
KELAYAKAN MASUK :
1. Pemohon adalah Warganegara Malaysia berumur antara 18 hingga 60 tahun
2. a) Lulus dalam SPM ; dan
b) Mempunyai salah satu dari kelayakan berikut :
i. Mempunyai sijil kemahiran dari mana-mana pusat latihan;
atau mempunyai 4 tahun pengalaman bidang kemahiran dan boleh mengajar;
ii. Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 atau 3 ; atau
iii. Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) Tahap 4 ; atau
iv. Diploma Lanjutan Kemahiran Malaysia (DLKM) Tahap 5 dan SETERUSNYA
PELUANG PEKERJAAN :
Graduan boleh memohon jawatan sebagai pengajar vokasional di Institut Latihan Kemahiran Awam atau Swasta.
Pengajian dijalankan di AKADEMI ERA GEMILANG.
Pemohon bagi Kursus Sijil Pengajar Vokasional (VTO) perlu mempunyai salah satu dari kelayakan
berikut:
i) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 2 dalam bidang ;
- Juruestetik
- Refleksologi
- Pendandan Rambut
- Penyedia Roti
- Kerani Guaman
- Kerani
- Artis Multimedia – Animator
- Artis Multimedia – Visual
- Artis Multimedia – Audio
- Pembuatan Roti
ii)Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 3 dalam bidang ;
- Housekeeping (Penyelia Pengemasan)
- Pemandu Pelancong
- Ketua Kerani Guaman
- Penjaga Kanan Kanak-kanak
- Penyelia Pengubah Bunga
- Juruteknik Elektrik Kanan
- Penyelia Pembantu Tadbir Sistem Maklumat
- Juruteknik Kenderaan Motor
- Juruteknik Kanan Kenderaan Motor
- Juruterapi Estetik
- Penyelia/Ketua Seksyen Penyediaan Makanan
- Penyelia Makanan & Minuman
- Penyelia Kaunter Hadapan
- Pendandan Rambut Kanan
- Penyelia Pembuat Pakaian Wanita
- Penyelia Pembuat Pakaian Lelaki
- Penyelia Pengetuk Panel Kenderaan
- Penyemburan Cat Automotif
- Juruteknik Penyemburan Cat Automotif
- Produksi Audio
- Perekabentuk Multimedia – Audio
- Perekabentuk Multimedia Animasi & Visual
- Servis & Penyelenggaraan Motosikal
- Penyelia Juruteknik Motosikal
- Jururawat
iii) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 4 dalam bidang ;
- Pembantu Jurutera Mekatronik
- Pembantu Jurutera Elektrik
- Pembantu Jurutera Elektronik Industri
- Eksekutif Sistem Maklumat
- Eksekutif Automotif
- Penolong Pengurus Estetik
- Penolong Eksekutif Penyedia Makanan
- Pengurus Bahagian Makanan & Minuman
- Pengurus Bertugas Kaunter Hadapan
- Penolong Pengurus Pendandan Rambut
- Eksekutif Fesyen dan Pakaian
iv) Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) Tahap 5 dalam bidang ;
- Jurutera Mekatronik
- Ahli Teknologi Mekatronik
- Jurutera Elektrik
- Jurutera Elektronik Industri
- Pengarah Kreatif Multimedia
- Eksekutif Sistem Komputer
- Jurutera Sistem
- Pengurus Sistem Maklumat
- Jurutera Rangkaian
- Jurutera Penyamanan Udara, Penyejukbekuan dan Pengaliran Udara Mekanikal
- Pengurus Automotif
- Pengurus Estetik
- Eksekutif Penyedia Makanan
- Pengurus Makanan &Minuman
- Pengurus Kaunter Hadapan
- Pengurus Pendandan Rambut
- Pengurus Fesyen Pakaian
Syarat-syarat Tambahan:
1.Permohonan daripada kakitangan kerajaan tertakluk kepada kelulusan jabatan masing-masing.
2.Calon perlu bersedia untuk ditempatkan menjalani latihan internship di mana-mana Pusat Bertauliah
Swasta seluruh Malaysia.
Anda boleh memohon kursus-kursus kemahiran di IKBN,ILP,IKM atau institusi swasta dibawah Kementerian Sumber Manusia, seperti IKIM.